UTILITI BAWAH TANAH: ISU DAN CABARAN YANG PERLU DIKETAHUI DAN CADANGAN PENYELESAIAN
Utiliti Bawah Tanah (Underground Utility - UU) merujuk kepada infrastruktur penting yang ditanam di bawah permukaan tanah seperti paip air, kabel elektrik, paip gas, sistem kumbahan dan telekomunikasi. Infrastruktur ini membolehkan penghantaran dan pengagihan perkhidmatan penting kepada masyarakat, terutamanya di kawasan bandar yang padat penduduk. Di negara-negara maju seperti Tokyo, London, Switzerland, dan Itali, kemudahan ini dibina dalam terowong khas yang sistematik untuk memastikan keselamatan, ketahanan dan kemudahan penyelenggaraan. Terowong ini bukan sahaja digunakan untuk utiliti asas, tetapi juga berfungsi sebagai laluan kereta api, jambatan, sistem transit, serta kemudahan komersial dan penyimpanan industri. Contohnya di Jepun dan Singapura, ruang bawah tanah dimanfaatkan secara maksimum untuk tempat letak kereta, pusat beli-belah, dan juga ruang simpanan industri, bagi mengatasi kekurangan ruang di permukaan akibat kepadatan penduduk yang tinggi. Keadaan ini berbeza denga...