UTILITI BAWAH TANAH: ISU DAN CABARAN YANG PERLU DIKETAHUI DAN CADANGAN PENYELESAIAN





Utiliti Bawah Tanah (Underground Utility - UU) merujuk kepada infrastruktur penting yang ditanam di bawah permukaan tanah seperti paip air, kabel elektrik, paip gas, sistem kumbahan dan telekomunikasi. Infrastruktur ini membolehkan penghantaran dan pengagihan perkhidmatan penting kepada masyarakat, terutamanya di kawasan bandar yang padat penduduk.

Di negara-negara maju seperti Tokyo, London, Switzerland, dan Itali, kemudahan ini dibina dalam terowong khas yang sistematik untuk memastikan keselamatan, ketahanan dan kemudahan penyelenggaraan. Terowong ini bukan sahaja digunakan untuk utiliti asas, tetapi juga berfungsi sebagai laluan kereta api, jambatan, sistem transit, serta kemudahan komersial dan penyimpanan industri. Contohnya di Jepun dan Singapura, ruang bawah tanah dimanfaatkan secara maksimum untuk tempat letak kereta, pusat beli-belah, dan juga ruang simpanan industri, bagi mengatasi kekurangan ruang di permukaan akibat kepadatan penduduk yang tinggi.

Keadaan ini berbeza dengan di Malaysia, di mana penggunaan utiliti bawah tanah masih agak terhad. Ia biasanya hanya melibatkan paip air, gas, elektrik, sistem kumbahan dan kabel telekomunikasi, tanpa penggunaan yang meluas untuk fungsi komersial atau infrastruktur transit seperti di negara maju. Menurut kajian, pelaksanaan sistem terowong UU yang lebih kompleks di Malaysia masih dalam peringkat awal dan memerlukan perancangan yang lebih holistik serta kerjasama antara agensi berkaitan.




Comments